Sunday, October 25, 2009

Mutiara Kata

Lahirnya insan disambut dengan azan, manakala perginya diiringi solat. Alangkah singkatnya hidup ini jika jaraknya cuma antara azan dan solat.

~Untuk renungan bersama~

Environmental Day 2009

~ENVIRONMENTAL DAY 2009~

Bersama PM Dr NurTjah Jadi (Pensyarah TSE@Penyelia projek)

Assalamualaikum w.b.t. Salam sejahtera, salam ukhwah buat semua.hehehe. Di petang yang berbahagia ini, tiba-tiba rasa nak update blog setelah seharian study "Complex Variables". Untuk entry kali ini, saya saje nak berkongsi pengalaman kami ketika "Hari Alam Sekitar" yang telah dijalankan baru-baru ni. Kami pelajar yang mengambil subjek "Sains Alam Sekitar" semester Ini telah diberi tugas ataupun projek bagi setiap kelas. Sebelum ni saya dah cerita pasal projek composting kami.

Hari ini pula nak kongsi pasal "Blog" kami pula, iaitu tugasan kedua. Group-group kecil dalam kelas kami telah diminta untuk membina satu blog yang berkisar mengenai alam sekitar. Group kami telah memilih nama "SAVE OUR EARTH" sebagai taju
k blog. Tapi, nama group kami "alamperindu". Comel kan namanya.haha. Ni blog kami "alamperindu.blogspot.com". Rasanya terkubur setakat itu saja blog tu, sebab tak ada dah orang nak update. Maklumla, masing-masing punya blog sendiri dah.

http://alamperindu.blogspot.com

Di atas tu merupakan poster bagi blog kami. Pada Hari Alam Sekitar, kami terlibat dalam pertandingan poster. Tugasan kami ialah membuat poster bagi mengiklankan dan mempromosikan blog kami. Sertakan apakah keistimewaan yang terdapat dalam blog kami, kandungan blog, apa faedah jika melawati blog kami dan sebagainya.

Pada hari tersebut juga, setelah perasmian "Environmental Day" satu seminar telah diadakan dengan menampilkan wakil bagi setiap kelas membentangkan tugasan masing-masing. Group kami telah terpilih mewakili kel
as bagi projek composting. Saudari Noor Sofiah Abdul Karim(pia:nama glamour) sebagai ketua kami telah membuat pembentangan pada seminar tersebut. Tahniah dan syabas kami ucapkan kepada pia. Walaupun kami tidak mendapat tempat dalam pertandingan seminar tersebut, kami tetap juga menang bagi kategori kelas. Jangan bersedih ye pia, La Tahzan. Kami berbangga dengan pia. :) Yang penting kita dah buat yang terbaik. Bila kita melakukan sesuatu, janganlah memandang kepada pingat yang kita dapat, tapi pandanglah kepada niat dan usaha yang kita telah lakukan. Tahniah dan terima kasih buat semua ahli kumpulan. :)

Pokok Sawi kumpulan kami ketika hari seminar. Subur dan segar kan.hahhaa. Bolehla jadi pekebun sebelum posting. Sesiapa nak tempah sayur, bolehla hubungi kami.haha

Inilah group kami"Alamperindu"
Dari kiri: cik shalini, cik pia, cik mena, cik tijot, cik falina, cik muni@comey


Sementara menunggu juri melawat menghakimi poster kami, sempat la melawat
poster-poster orang lain, dan pameran kelas lain :








Projek enjin kereta menggunakan tenaga solar dari group cik wana













Projek Solar Box Cooker dari group cik aisyah & cik ani








Selesai majlis penutupan "Hari Alam Sekitar", sempat lagi bergambar bersama bunga, Cenderahati untuk VIP.hehe :


























p/s : Segala kenangan suka duka sepanjang perkenalan dikongsi bersama. InsyaAllah
Friday, October 23, 2009

Hukum Memotong Kuku Ketika Haid

HUKUM MEMOTONG KUKU DAN RAMBUT KETIKA HAID


Sebagai seorang wanita muslimah, pelbagai perkara sentiasa diambilkira dalam memperlengkapkan diri sebagai muslimah sejati. Antara perkara yang paling titikberatkan ialah mengenai kebersihan. Kebersihan merupakan salah satu daripada cabang iman. Islam itu sendiri pada dasarnya suka pada keindahan. Bagi aspek kebersihan, wanita sentiasa mengalami masalah dalam beberapa perkara mengenai penjagaan kebersihan diri. Hal ini kerana, wanita terlalu unik penciptaannya :) Di sini, saya cuma ingin menyingkap mengenai salah satu kemusykilan dan sama-samalah kita berkongsi ilmu :

Apakah hukum memotong kuku dan rambut ketika haid? Apakah dalil-dalilnya?

Dibawah merupakan jawapan yang saya ambil menerusi laman www.zaharuddin.net. Sekadar perkongsian ilmu dan saling ingat mengingati, InsyaAllah.

Disebutkan di dalam syarah al-‘Iqna’ Matan Abi Syuja’ ( 1/60 ), menurut Imam al-Ghazzali di dalam Ihya Ulumiddin, bahawa tidak seharusnya seseorang yang berjunub memotong kuku atau mencukur bulu dan rambutnya kerana semua tadi akan dikembalikan di hari akhirat nanti dalam keadaan junub ( tidak bersih) .

Bagaimanapun, setelah diteliti asas kepada pendapat ini, maka tiada didapati sebarang dalil yang menyokongnya kecuali logik aqal semata-mata tadi. Demikian menurut Syeikh Sayyid Sabiq, Syeikh Atiyyah Saqar dan Dr. Rif`at Fawzi, professor Shari`ah di Univ. Kaherah


Soalan ini pernah di tujukan kepada Imam Ibn Taymiah di dalam kitabnya “Ghiza’ al-albab, 1/382 ) maka beliau menjawab : “ Tidak aku ketahui hukum makruh membuang rambut dan bulu dan kuku ketika junub, bahkan Nabi SAW bersabda : “ Sesungguhnya seorang mukmin tidak najis (tubuhnya) samada hidup ataupun mati”, malah Nabi memberitahu : “ buangkan darimu bulu-bulu kufur (yang tidak dicukur semasa kafir) dan berkhatanlah (apabila masuk Islam) “ maka arahan Nabi tidak menunjukkan sebarang tangguh cukur selepas mandi. Demikian juga diperintah wanita haid agar menyikat rambutnya semasa mandi junub, yang mana diketahui bahawa dengan menyikat ini boleh menggugurkan rambut (sebelum tamat mandi)..justeru apa yang dikatakan sebenarnya tiada asalnya.”



Tiada sebarang halangan untuk memotong kuku secara junub. Pandangan ini juga datang dari tokoh ulama Tabien iaitu Ato’ bin Abi Rabah. ’Ata disebut pernah menyatakan seseorang boleh melakukannya dalam keadaan junub, malah dalam keadaan junub dan tidak berwudu’ (Riwayat al-Bukhari)

Sebagai makumat tambahan, kemestian menanam rambut, kuku yang dipotong dan sebagainya juga tiada sebarang dalil (kecuali jika dibimbangi akan diambil dan disihirkan), demikian juga larangan memotong kuku di waktu malam. Wallahu a’lam

Thursday, October 22, 2009

Sejadah Berdiri

~SEJADAH BERDIRI?~

Sekadar Hiasan

Betul ke? Pertanyaan yang pasti akan keluar dari mulut kebanyakan bila mendengar berita yang amat pelik didengari. Tercuit rasa hati saya ingin post entry ini setelah membaca kenyataan Jamil Khir di akhbar. Berita mengenai sejadah berdiri kira hangat juga la dihebohkan dalam berita minggu ini. Saya bukan nak mencerita dan menghurai lanjut isu ini. Semua rasanya pasti sedia maklum mengenai berita tersebut. Cuma ingin berkongsi kata-kata beliau yang menarik hati saya :

"Saya tak hairan pun ada sejadah berdiri, yang saya heran dan pelik apabila ada sejadah tapi tak ada orang berdiri sembahyang, kita kesal...nak menyedarkan masyarakat kita kena bawa hal yang pelik-pelik,"

Di atas sejadah cintaMu

"Dan katakanlah segala puji bagi Allah, Dia akan memperlihatkan kepadamu tanda-tanda kebesaran-Nya, maka kamu akan mengetahuinya. Dan Tuhanmu tiada lalai dari apa yang kamu kerjakan." [Surah An-Naml 27:93]


Mutiara Kata

"Tidak lurus iman seseorang hamba Allah itu sehingga lurus hatinya; dan tidak akan lurus hatinya sehingga lurus lidahnya"

(Riwayat Ahmad Ibn Han
bal)


Wednesday, October 21, 2009

PENCIPTAAN WANITA

::PENCIPTAAN WANITA::


يَا أَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُوا رَبَّكُمُ الَّذِي خَلَقَكُم مِّن نَّفْسٍ وَاحِدَةٍ وَخَلَقَ مِنْهَا زَوْجَهَا وَبَثَّ مِنْهُمَا رِجَالًا كَثِيرًا وَنِسَاءً ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ الَّذِي تَسَاءَلُونَ بِهِ
وَالْأَرْحَامَ ۚ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلَيْكُمْ رَقِيبًا
"Wahai sekalian manusia! Bertakwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam) dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya Hawa) dan juga yang membiakkan dari keduanya zuriat keturunan lelaki dan perempuan yang ramai dan bertakwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu". [Surah An-Nisa': Ayat 1]



Siapakah Wanita?

Wanita adalah seorang manusia yang sama seperti ciptaan Allah yang lain. Namun, terdapat perbezaan wanita dengan ciptaan lain, baik dengan kaum lelaki mahupun dengan binatang serta tumbuh-tumbuhan. Wanita dijadikan dengan pelbagai keistimewaan juga dianugerahkan kecantikan. Tidak hairanlah wanita berupaya membuat orang tertarik padanya.

Jiwa wanita tersangatlah lembut, rapuh hatinya, baik pekertinya dan gemalai suaranya. Sifat-sifat ini membuatkan hati siapa tak tertawan. Pemurah, pengasih, penyayang, lemah lembut merupakan harta yang dimiliki oleh setiap kaum wanita. Namun, bukanlah kerana sifat-sifat ini wanita boleh diperkotak-katikkan oleh kaum lelaki khasnya. Wanita berhak mendapatkan pelindungan dari insan yang bernama lelaki. Seperti dijelaskan dalam surah An-Nisa' ayat ke-34 :

"Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka. Maka perempuan-perempuan yang soleh itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemuliharaan Allah dan pertolonganNya dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur dan (kalau juga mereka masih degil) pukullah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya). Kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi, lagi Maha Besar. "




Pernah dengar "Wanita dijadikan dari rusuk Adam?"

Sememangnya kita semua sinonim dengan kenyataan tersebut. Namun, ingin saya berkongsi di sini, perihal kenyataan tersebut. Terdapat hadis yang menyatakan bahawa "wanita itu seperti tulang rusuk". Seperti juga hadis di bawah :

"Rasulullah saw. bersabda, “Siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir, hendaknya ia tidak menyakiti tetangganya. Saling berwasiatlah kalian untuk berbuat baik kepada wanita. Pasalnya, mereka tercipta dari tulang rusuk. Yang paling bengkok dari tulang rusuk itu adalah yang paling atas. Jika berusaha meluruskannya, engkau akan membuatnya patah. Dan jika dibiarkan, ia akan terus bengkok. Karena itu, saling berwasiatlah kalian untuk berbuat baik kepada wanita.” (Al-Bukhari)

Merujuk kepada hadis tersebut, dapat kita fahami bahawa bukanlah wanita itu diciptakan dari tulang rusuk Nabi Adam seperti yang yang kita anggap. Ianya hanyalah perlambangan ataupun analogi yang diguna pakai bagi melambangkan bahawa wanita itu amatlah lembut. Jika kita amati lagi, amatlah tidak logik jika kita percaya bahawa wanita itu diciptakan dari tulang rusuk Nabi Adam yang seorang. Ada dua istilah yang saya dapat mengenai salah faham tentang penciptaan wanita ini(jika terdapat kesilapan diharap dapat menegur) iaitu :
  1. (min nafsin wahidah) - Dari diri yang satu, penciptaan yang sama seperti Nabi Adam.
  2. Dari/seperti tulang rusuk - Lambang fitrah kejadiannya, kelembutannya dan perlu diberikan layanan dan didikan yang elok.

Perbezaan Lelaki dan Wanita :

Kaum wanita secara totalnya menggunakan kedua-kedua otak manakala kaum lelaki hanya lebih berfokuskan kepada otak kiri. Dari segi kemahiran pula, wanita lebih kepada kemahiran yang menggunakan tangan dan seni. Kaum lelaki banyaknya berkemahiran dalam bidang mekanikal. Emosi wanita lebih sensitif, kurang konsisten, lebih banyak rasa takut dan cepat terasa. Kenapa perbezaan ini wujud? Setiap kejadian, ada hikmahnya, ada kelebihan tujuan yang kadang-kadang kita tidak sedari. Allah lebih berkuasa dalam tiap-tiap yang diciptakannya dan kita sebagai khalifah, makhluk ciptaannya haruslah redha dan jangan selalu mengeluh atas apa yang menimpa sama ada baik atau buruk sesuatu itu.



Wanita kerana sifat kewanitaannya :
  1. Quwwatul Atifah - sensitif
  2. Haya' (malu) - pakaian wanita beriman
  3. Cemburu
  4. Wafa' (setia)
  5. Kemampuan menanggung penderitaan
  6. Kesediaan berkorban

Hak-hak wanita :
  1. Hidup
  2. Perlindungan
  3. Beragama
  4. Berilmu
  5. Berharta
  6. Bersosial
  7. Kehormatan

::SEINDAH PERHIASAN DUNIA ADALAH WANITA SOLEHAH::


p/s : Jika terdapat kesalahan dalam apa yang saya cuba kongsikan, harap dapat perbetulkan saya. Yang bengkok diluruskan, yang kotor dibersihkan, yang salah harap diperbetulkan. Syukron.
Tuesday, October 20, 2009

KHALIFAH YOUTH TRAINING
"Membentuk Keperibadian Cemerlang"
(Pelajar IPTA)

InsyaAllah untuk entry kali ini, saya ingin berkongsi serba sedikit pengalaman saya menyertai "Khalifah Youth Training", anjuran Khalifah Institute. Program tersebut telah dijalankan pada 18 & 19 Julai 2009 (Sabtu & Ahad) di Ampang.

Allahyarham Prof. Muhammad Al-Mahdi merupakan pengasas kepada Projek Khalifah yang bertujuan menawarkan kepada masyarakat Malaysia cara untuk meningkatkan pembangunan sahsiah golongan remaja secara berkesan dan produktif. Hal ini berikutan, pada masa sekarang nilai-nilai murni berkaitan pembangunan sahsiah kurang dititikberatkan dalam usaha menuju negara yang maju dan berjaya. Projek Khalifah telah menggariskan 3 perkara atau langkah mudah kaedah khalifah yang boleh diaplikasikan untuk menjadi khalifah Allah yang cemerlang iaitu :

  1. Jadikan diri baik
  2. Bantu orang lain jadi baik
  3. Jadikan alam sekeliling bersih, indah dan sejahtera.
Justify Full Bagi merelalisasikan Projek ini, Khalifah Institute telah berusaha dalam melatih peserta-peserta yang terdiri daripada pelajar-pelajar pengajian tinggi sebagai fokus utama. Terdapat pelbagai aktiviti seperti LDK, sesi ceramah dan sebagainya telah kami sertai dalam program ini. Antaranya, perkongsian mengenai "Creation of Universe" yang disampaikan oleh Pn. Azra Banu, "Pandangan Alam & Konsep Khalifah" oleh Pn. Badariah Ismail, "Hukum Pembelajaran" oleh Dr. Alini Marzuki, "Pengukuhan Pengaruh Positif" oleh Pn. Hazwani Che Abdullah, "Objective Understanding of Right and Wrong" dan "Islamic Psychology" oleh Pn. Azra Banu.

Beberapa peserta daripada pelbagai IPT telah turut serta dalam program tersebut dan kami sempat berkenal-kenalan, disamping berkongsi-kongsi pendapat dan pengalaman menerusi aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan. Kami wakil dari UPSI seramai 8 orang semuanya serta wakil-wakil dari IPT lain seperti UIA, Universiti Cyberjaya, Universiti Petronas, dan lain-lain . Program-program sebegini sememangnya amat menarik dan sepatutnya sesuai dilaksanakan untuk para remaja-remaja pada masa kini.

Kenangan bersama sepanjang program :

Akhi Azwan
Akhi Hanafe

Akhi Hakim

Ukhti Shazwani

Ukhti Wahida

Ukhti Khatijah

Ukhti Hidayah

Ukhti Farahana

Group kami untuk aktiviti "The Strength of Inner Speech"-Kekuatan kata hati

Team brothers

Gambar kenangan


p/s : Jika terdapat pengalaman, ilmu mahupun cerita bolehlah dikongsi bersama. Moga sama-sama kita mendapat manfaat darinya. InsyaAllah...

Untukmu Umat

"Untukmu Umat", sebuah buku yang saya terima hadiah pemberian daripada seseorang. Di sini, bukanlah saya ingin bercerita mengenai seseorang itu, namun saya ingin berkongsi dengan semua tentang buku "Untukmu Umat" ini. Karya "Untukmu Umat" merupakan hasil penulisan Ustaz Zaharuddin Abd Rahman. Beliau merupakan lulusan Sarjana Takhassus Fiqh dan Usul Fiqh, Universiti Al-Yarmouk, Jordan. Buku "Untukmu Umat" sesuai bagi semua lapisan masyarakat dalam membina keyakinan diri untuk kehidupan hakiki. Di bawah ini, saya sertakan maklumat lanjut mengenai buku dan sinopsis yang terkandung dalam buku ini.


Tajuk : Untukmu Umat
Terbitan : Karya Bestari Sdn Bhd
Penulis : Ustaz Zaharuddin Abd Rahman
Halaman : 304
ISBN : 978-967-86-0331-7
Kategori : Islam / Amalan & Panduan
Harga : RM 11.00
Berat : 290 g




MENJADI insan yang cemerlang dan diredhai ALLAH adalah impian bagi setiap insan. Namun, untuk menuju kecemerlangan itu bukanlah sesuatu yang mudah jika tidak disertai dengan istiqamah dan semangat yang jitu. Prinsip amar makruf nahi mungkar juga menjadi tonggak untuk menjadi mukmin yang terbilang. Untukmu Umat diterbitkan sebagai panduan buat setiap individu untuk menuju ke arah kehidupan yang diredhai ALLAH. Buku ini juga membincangkan beberapa isu menarik berkaitan lelaki dan wanita masa kini. Antaranya ialah:

· Wanita dan wangian

· Batasan aurat wanita

· Jangan dayus wahai lelaki

· Maruah diri dan doa pelindung

• Adakah wanita dibenarkan bekerja?

Berpegang pada pesanan Nabi s.a.w iaitu, hati itu tenteram kepada kebaikan dan gelisah terhadap kejahatan... kandungan buku ini diharapkan dapat membimbing manusia sejagat dalam menghadapi mehnah kehidupan. Insya-ALLAH.

Monday, October 19, 2009

Bertegur Sapa

NILAI BERTEGUR SAPA


Assalamualaikum w.b.t


Assalamualaikum, vanakkam, ni hauma, apa khabar, hai, hello, nama berita, apa kaba kitak tek?. Beberapa istilah yang biasa dan boleh dipraktikkan dalam kehidupan kita bermasyarakat sebagai amalan tegur-menegur.

Tidak terbatas dengan apa macam loghat sekalipun, bahkan sekuntum senyuman serta bermanis muka sudah cukup untuk kita menegur. Namun, teguran tersebut haruslah secara berhikmah dan kena pada tempat dan keadaannya. Hati yang lembut dan jiwa yang halus bisa cair dek panahan sapaan walaupun dengan sapaan yang ringkas.


Budaya menegur semakin hari, semakin tidak diambil endah oleh masyarakat sekeliling. Masing-masing sibuk dengan hal sendiri. Sampaikan, jiran di sebelah yang sudah bertahun lamanya juga tidak dikenali siapa orangnya. Amat parah. Inikah budaya kita?


Nilai Ukhwah

Dalam Islam, bertegur sapa amatlah digalakkan. Bukan sahaja sesama muslim, juga kepada seluruh umat manusia tanpa mengira bangsa, agama, kaum, negara, warna kulit, tahap keimanan, pangkat, status dan sebagainya. Kebanyakan kita pada hari ini, lebih mementingkan pangkat, darjat dan mengamalkan sikap "kau, kau. Aku, aku", tanpa memikirkan orang di sekitar. Contoh lagi kita dapat lihat satu kelompok dengan kelompok mereka sahaja, bila rasa benci, tak suka, tak tegur. Molekkah sikap sebegitu?. Amalan bertegur sapa, kenal-mengenali amat banyak manfaatnya. Bila bertegur, kita dapat kenal orangnya. Yang sudah kenal, semakin eratlah ukhwahnya. Ukhwah yang terjalin dapat membentuk peribadi masyarakat yang unggul, membentuk sifat saling hormat-menghormati, tolong-menolong, dan sifat kebertanggungjawaban.


Antara tanggungjawab seorang muslim kepada muslim yang lain ialah "Apabila bertemu dengannya hendaklah engkau memberi salam".

Turut dinyatakan "Janganlah kamu saling memutuskan silaturrahim, janganlah kamu saling belakang membelakangi, janganlah kamu saling benci-membenci dan janganlah kamu saling hasad menghasad. Sebaliknya jadilah kamu hamba-hamba Allah yang bersaudara. Tidak halal bagi seorang Muslim itu memulaukan saudaranya (yang mukmin) melebihi 3 hari".

p/s : Bertegur sapalah dan ucapkanlah salam..

Nak atau Tak Nak

Dua pilihan tersebut merupakan pilihan yang biasa didengari. NAK ATAU TAK NAK. Untuk entry ini saya sekadar berkongsi sahaja berkaitan dua pilihan tersebut. Dipetik dari nasihat Pensyarah Fizik saya. Pagi tadi, tamatlah sudah kelas Pengenalan Fizik II, yang diajar oleh En. Shaharuddin Bin Haji Ali. Diakhir kuliah, beliau sempat mengimbas kembali tajuk-tajuk yang lepas sebagai peringatan sempena final yang bakal menjelang. Beliau ada mengatakan, "Belajarlah semua. Semua yang masuk final semua yang sudah dibelajar. Tak ada yang tidak dibelajar, masuk final." Terpulang kepada diri, sama ada nak atau tak nak. Itu je. Kalau kita nak, kita akan cuba berusaha bagi menggapai apa yang kita inginkan itu. Di sini, terdapat dua goal yang ingin digapai. Lulus atau gagal. Kalau kita nak lulus, sudah pasti kita berusaha ke arahnya. Kalau tak nak, goal yang kedualah yang akan kita dapat iaitu gagal.


p/s : Berusahalah. Sesungguhnya kejayaan itu amat manis dinikmati sekiranya hasil daripada usaha kita sendiri. Ingatlah usaha itu tangga kejayaan.
Sunday, October 18, 2009

Erti Kehidupan

Sebuah kata-kata yang ku ambil semasa Bengkel Temuduga dan Penulisan Resume yang lalu :

ERTI KEHIDUPAN

Jangan berkata tidak bila kau jatuh cinta
Terus terang sajalah buat apa berdusta
Cinta itu anugerah, maka berbahagialah
Sebab kita sengsara bila tak punya cinta
Rintangan pasti datang menghujan
Namun yakinlah bahawa cinta itu membuatmu
Mengerti akan erti kehidupan
Marilah sayang mari sirami
Cinta yang tumbuh dalam diri
Marilah sayang mari sirami
Agar merekah sepanjang hari

Assigment Project - Compose

COMPOSE
(Projek-Baja Organik)

Semester ini, bagi subjek Sains Alam Sekitar (TSE 2013), kelas kami telah diberi 2 project iaitu compose dan blog development. Pada entry ini, saya berkongsi la sedikit tentang project pertama kami iaitu compose.

Bagaimana projek compose tu sebenarnya? Kami telah diberi tugas untuk menghasilkan baja organik. Setiap group kecil dalam kelas diminta menghasilkan sendiri baja dan melihat keberkesanan baja tersebut dengan menanam pokok. Begitu serba sedikit pengenalan tugas kami. Bawah ini saya akan ceritakan serba ringkas mengenai apa itu baja organik dan juga pengalaman kami sepanjang projek ini.

Baja organik adalah baja yang dihasilkan dengan menggunakan bahan-bahan semulajadi. Ianya menggunakan bahan-bahan yang mengalami proses pereputan serta memberi nutrien penting untuk tumbuh-tumbuhan. Ianya selamat digunakan, jimat dan juga mesra alam. Kebaikan baja organik juga antaranya ialah dapat membetulkan tahap pH tanah, menstabilkan alam sekitar dan dapat memberikan kebaikan jangkamasa yang panjang pada tanaman dan tanah. Bahan -bahan yang boleh digunakan sebagai penghasilan baja organik ialah seperti sayur-sayuran yang sudah lama, buah-buahan yang sudah rosak, nasi basi, roti berkulat, daun-daun kering dan sebagainya. Untuk projek kami, kami memilih roti yang sudah berkulat sebagai bahan compose kami.

Proses penyediaan baja :


1. Roti yang sudah berkulat dan rosak, dicarik-carik.


2. Roti yang sudah dicarik, diletakkan di dalam bekas dan dibiarkan selama sebulan.


3. Kemudian, campurkan roti yang sudah dibiarkan itu dicampur dengan tanah yang sesuai.


Proses Penanaman pokok :

1. Sediakan pasu yang telah diisi dengan tanah yang sudah digaul dengan baja.


2. Kami menggunakan benih sawi dalam experiment kami.


3. Memasukkan benih ke dalam pasu.


4. Menyiram


Perkembangan :


Selepas 3 hari

Selepas 6 hari

selepas 21 hari


Selepas sebulan
Saturday, October 17, 2009

Mutiara Kata

Pimpinlah hati menggunakan akal, jangan memimpin akal menggunakan hati




Sekitar Mesyuarat Agung Tahunan (AGM)

Mesyuarat Agung Tahunan PBA (AGM)
Tarikh : 19 Oktober 2009

Masa : 8.30 pm hingga 11.00 pm
Tempat : Dewan Peperiksaan (DP)


Pimpinan 2008/2009 selepas peletakan jawatan







Ucapan Penasihat II PBA, Ustaz Saipol Barin Bin Ramli














Jemputan VIP menjamu selera













Jualan Buku













Antara yang turut hadir

Dalam ingatan...

Buat pengetahuan semua, Persatuan Bahasa Arab(PBA) UPSI, merupakan sebuah persatuan yang agak baru lagi bertapak di bumi UPSI. Sejarah penubuhannya iaitu pada tahun 2007, adalah atas cadangan Tuan Haji Mohd Khairul Azman Bin Ajuhary, yang merupakan penasihat pertama pada masa tersebut. Niat baik beliau telah disambut baik dan telah diusahak an. Ukhti Nazihah Binti Idris, presiden pertama persatuan merupakan insan yang telah banyak bertungkus lumus dalam memasti kan penubuhan persatuan ini. Moga Allah memberk ati usaha -usaha yang telah beliau curahkan serta beberapa lagi insan-insan yang turut sama dalam penubuhan persatuan ini.






Pimpinan Persatuan Bahasa Arab sesi 2008/2009







Pada sesi 2008/2009, pimpinan organisasi tersebut telah bertukar wajah. Namun, masih juga terdapat organisasi yang terlibat dalam penajaan persatuan tersebut. Presiden bagi sesi 2008/2009 ialah Akhi Wan Mohd Hazim Bin Wan Mohd Shaffii. Ahli-ahli yang mendaftar bagi Persatuan Bahasa Arab adalah terdiri daripada mahasiswa-mahasiswi yang berlainan program, bukan hanya fokus kepada pelajar Major Program Bahasa Arab sahaja.


Untuk sesi 2009/2010 pula, organisasi ditukar pula dengan wajah-wajah baru. Presidennya adalah Akhi Mohd Rafaie Bin Kusnin, mahasiswa Program Bahasa Arab dengan Pendidikan. Harapan, moga Persatuan Bahasa Arab terus maju, dikenali dan dapat mencapai matlamat.

"Kun Qur'anian Watakallam A'rabiah"









Memori 2009