Tuesday, October 20, 2009

KHALIFAH YOUTH TRAINING
"Membentuk Keperibadian Cemerlang"
(Pelajar IPTA)

InsyaAllah untuk entry kali ini, saya ingin berkongsi serba sedikit pengalaman saya menyertai "Khalifah Youth Training", anjuran Khalifah Institute. Program tersebut telah dijalankan pada 18 & 19 Julai 2009 (Sabtu & Ahad) di Ampang.

Allahyarham Prof. Muhammad Al-Mahdi merupakan pengasas kepada Projek Khalifah yang bertujuan menawarkan kepada masyarakat Malaysia cara untuk meningkatkan pembangunan sahsiah golongan remaja secara berkesan dan produktif. Hal ini berikutan, pada masa sekarang nilai-nilai murni berkaitan pembangunan sahsiah kurang dititikberatkan dalam usaha menuju negara yang maju dan berjaya. Projek Khalifah telah menggariskan 3 perkara atau langkah mudah kaedah khalifah yang boleh diaplikasikan untuk menjadi khalifah Allah yang cemerlang iaitu :

  1. Jadikan diri baik
  2. Bantu orang lain jadi baik
  3. Jadikan alam sekeliling bersih, indah dan sejahtera.
Justify Full Bagi merelalisasikan Projek ini, Khalifah Institute telah berusaha dalam melatih peserta-peserta yang terdiri daripada pelajar-pelajar pengajian tinggi sebagai fokus utama. Terdapat pelbagai aktiviti seperti LDK, sesi ceramah dan sebagainya telah kami sertai dalam program ini. Antaranya, perkongsian mengenai "Creation of Universe" yang disampaikan oleh Pn. Azra Banu, "Pandangan Alam & Konsep Khalifah" oleh Pn. Badariah Ismail, "Hukum Pembelajaran" oleh Dr. Alini Marzuki, "Pengukuhan Pengaruh Positif" oleh Pn. Hazwani Che Abdullah, "Objective Understanding of Right and Wrong" dan "Islamic Psychology" oleh Pn. Azra Banu.

Beberapa peserta daripada pelbagai IPT telah turut serta dalam program tersebut dan kami sempat berkenal-kenalan, disamping berkongsi-kongsi pendapat dan pengalaman menerusi aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan. Kami wakil dari UPSI seramai 8 orang semuanya serta wakil-wakil dari IPT lain seperti UIA, Universiti Cyberjaya, Universiti Petronas, dan lain-lain . Program-program sebegini sememangnya amat menarik dan sepatutnya sesuai dilaksanakan untuk para remaja-remaja pada masa kini.

Kenangan bersama sepanjang program :

Akhi Azwan
Akhi Hanafe

Akhi Hakim

Ukhti Shazwani

Ukhti Wahida

Ukhti Khatijah

Ukhti Hidayah

Ukhti Farahana

Group kami untuk aktiviti "The Strength of Inner Speech"-Kekuatan kata hati

Team brothers

Gambar kenangan


p/s : Jika terdapat pengalaman, ilmu mahupun cerita bolehlah dikongsi bersama. Moga sama-sama kita mendapat manfaat darinya. InsyaAllah...

4 comments:

Post a Comment
  1. salam ziarah ke blog ni..teruskan menulis dengan entry yang bermanfaat ok..semoga di berikan cetusan idea oleh allah tok menyampaikan dakwah kepada kami..

    em tu wahida..kawan sekolah sy..hehe..

    salam alaik..

  2. Waalaikumussalam.insyaAllah.Syukron :). Owh...Belajar kat mana sekarang?

  3. em afwan..em ada tercongok kat upsi ni jugek..hehehe..em amik pengajian malaysia..

  4. owh.baru tengok blog ukhti.hehehe.sama la kita tercongok kat upsi.haha.