Wednesday, October 21, 2009

PENCIPTAAN WANITA

::PENCIPTAAN WANITA::


يَا أَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُوا رَبَّكُمُ الَّذِي خَلَقَكُم مِّن نَّفْسٍ وَاحِدَةٍ وَخَلَقَ مِنْهَا زَوْجَهَا وَبَثَّ مِنْهُمَا رِجَالًا كَثِيرًا وَنِسَاءً ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ الَّذِي تَسَاءَلُونَ بِهِ
وَالْأَرْحَامَ ۚ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلَيْكُمْ رَقِيبًا
"Wahai sekalian manusia! Bertakwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam) dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya Hawa) dan juga yang membiakkan dari keduanya zuriat keturunan lelaki dan perempuan yang ramai dan bertakwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu". [Surah An-Nisa': Ayat 1]



Siapakah Wanita?

Wanita adalah seorang manusia yang sama seperti ciptaan Allah yang lain. Namun, terdapat perbezaan wanita dengan ciptaan lain, baik dengan kaum lelaki mahupun dengan binatang serta tumbuh-tumbuhan. Wanita dijadikan dengan pelbagai keistimewaan juga dianugerahkan kecantikan. Tidak hairanlah wanita berupaya membuat orang tertarik padanya.

Jiwa wanita tersangatlah lembut, rapuh hatinya, baik pekertinya dan gemalai suaranya. Sifat-sifat ini membuatkan hati siapa tak tertawan. Pemurah, pengasih, penyayang, lemah lembut merupakan harta yang dimiliki oleh setiap kaum wanita. Namun, bukanlah kerana sifat-sifat ini wanita boleh diperkotak-katikkan oleh kaum lelaki khasnya. Wanita berhak mendapatkan pelindungan dari insan yang bernama lelaki. Seperti dijelaskan dalam surah An-Nisa' ayat ke-34 :

"Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka. Maka perempuan-perempuan yang soleh itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemuliharaan Allah dan pertolonganNya dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur dan (kalau juga mereka masih degil) pukullah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya). Kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi, lagi Maha Besar. "




Pernah dengar "Wanita dijadikan dari rusuk Adam?"

Sememangnya kita semua sinonim dengan kenyataan tersebut. Namun, ingin saya berkongsi di sini, perihal kenyataan tersebut. Terdapat hadis yang menyatakan bahawa "wanita itu seperti tulang rusuk". Seperti juga hadis di bawah :

"Rasulullah saw. bersabda, “Siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir, hendaknya ia tidak menyakiti tetangganya. Saling berwasiatlah kalian untuk berbuat baik kepada wanita. Pasalnya, mereka tercipta dari tulang rusuk. Yang paling bengkok dari tulang rusuk itu adalah yang paling atas. Jika berusaha meluruskannya, engkau akan membuatnya patah. Dan jika dibiarkan, ia akan terus bengkok. Karena itu, saling berwasiatlah kalian untuk berbuat baik kepada wanita.” (Al-Bukhari)

Merujuk kepada hadis tersebut, dapat kita fahami bahawa bukanlah wanita itu diciptakan dari tulang rusuk Nabi Adam seperti yang yang kita anggap. Ianya hanyalah perlambangan ataupun analogi yang diguna pakai bagi melambangkan bahawa wanita itu amatlah lembut. Jika kita amati lagi, amatlah tidak logik jika kita percaya bahawa wanita itu diciptakan dari tulang rusuk Nabi Adam yang seorang. Ada dua istilah yang saya dapat mengenai salah faham tentang penciptaan wanita ini(jika terdapat kesilapan diharap dapat menegur) iaitu :
  1. (min nafsin wahidah) - Dari diri yang satu, penciptaan yang sama seperti Nabi Adam.
  2. Dari/seperti tulang rusuk - Lambang fitrah kejadiannya, kelembutannya dan perlu diberikan layanan dan didikan yang elok.

Perbezaan Lelaki dan Wanita :

Kaum wanita secara totalnya menggunakan kedua-kedua otak manakala kaum lelaki hanya lebih berfokuskan kepada otak kiri. Dari segi kemahiran pula, wanita lebih kepada kemahiran yang menggunakan tangan dan seni. Kaum lelaki banyaknya berkemahiran dalam bidang mekanikal. Emosi wanita lebih sensitif, kurang konsisten, lebih banyak rasa takut dan cepat terasa. Kenapa perbezaan ini wujud? Setiap kejadian, ada hikmahnya, ada kelebihan tujuan yang kadang-kadang kita tidak sedari. Allah lebih berkuasa dalam tiap-tiap yang diciptakannya dan kita sebagai khalifah, makhluk ciptaannya haruslah redha dan jangan selalu mengeluh atas apa yang menimpa sama ada baik atau buruk sesuatu itu.



Wanita kerana sifat kewanitaannya :
  1. Quwwatul Atifah - sensitif
  2. Haya' (malu) - pakaian wanita beriman
  3. Cemburu
  4. Wafa' (setia)
  5. Kemampuan menanggung penderitaan
  6. Kesediaan berkorban

Hak-hak wanita :
  1. Hidup
  2. Perlindungan
  3. Beragama
  4. Berilmu
  5. Berharta
  6. Bersosial
  7. Kehormatan

::SEINDAH PERHIASAN DUNIA ADALAH WANITA SOLEHAH::


p/s : Jika terdapat kesalahan dalam apa yang saya cuba kongsikan, harap dapat perbetulkan saya. Yang bengkok diluruskan, yang kotor dibersihkan, yang salah harap diperbetulkan. Syukron.

0 comments:

Post a Comment