Tuesday, October 20, 2009

Untukmu Umat

"Untukmu Umat", sebuah buku yang saya terima hadiah pemberian daripada seseorang. Di sini, bukanlah saya ingin bercerita mengenai seseorang itu, namun saya ingin berkongsi dengan semua tentang buku "Untukmu Umat" ini. Karya "Untukmu Umat" merupakan hasil penulisan Ustaz Zaharuddin Abd Rahman. Beliau merupakan lulusan Sarjana Takhassus Fiqh dan Usul Fiqh, Universiti Al-Yarmouk, Jordan. Buku "Untukmu Umat" sesuai bagi semua lapisan masyarakat dalam membina keyakinan diri untuk kehidupan hakiki. Di bawah ini, saya sertakan maklumat lanjut mengenai buku dan sinopsis yang terkandung dalam buku ini.


Tajuk : Untukmu Umat
Terbitan : Karya Bestari Sdn Bhd
Penulis : Ustaz Zaharuddin Abd Rahman
Halaman : 304
ISBN : 978-967-86-0331-7
Kategori : Islam / Amalan & Panduan
Harga : RM 11.00
Berat : 290 g




MENJADI insan yang cemerlang dan diredhai ALLAH adalah impian bagi setiap insan. Namun, untuk menuju kecemerlangan itu bukanlah sesuatu yang mudah jika tidak disertai dengan istiqamah dan semangat yang jitu. Prinsip amar makruf nahi mungkar juga menjadi tonggak untuk menjadi mukmin yang terbilang. Untukmu Umat diterbitkan sebagai panduan buat setiap individu untuk menuju ke arah kehidupan yang diredhai ALLAH. Buku ini juga membincangkan beberapa isu menarik berkaitan lelaki dan wanita masa kini. Antaranya ialah:

· Wanita dan wangian

· Batasan aurat wanita

· Jangan dayus wahai lelaki

· Maruah diri dan doa pelindung

• Adakah wanita dibenarkan bekerja?

Berpegang pada pesanan Nabi s.a.w iaitu, hati itu tenteram kepada kebaikan dan gelisah terhadap kejahatan... kandungan buku ini diharapkan dapat membimbing manusia sejagat dalam menghadapi mehnah kehidupan. Insya-ALLAH.

0 comments:

Post a Comment