Tuesday, November 3, 2009

Maat taufik wannajah


Dengan lafaz yang mulia, Bismillah...

Kesempatan ini ana ingin mengucapkan "maat taufik wannajah", "selamat berjaya" kepada semua sahabat-sahabiah dalam menghadapi peperiksaan akhir bagi semester ini. Bagi kami pelajar semester akhir, peperiksaan akhir ini merupakan peperiksaan terakhir buat kami di bumi Tanjung Malim :)

Setelah berhempas pulas menimba ilmu , sekarang tibalah masa mencurahkan segala ilmu yang terpendam di kepala. Namun, jangan lah kita menuntut ilmu semata-mata untuk lulus dalam peperiksaan. Tuntutlah ilmu dan amalkanlah. Jangan berhenti setakat peperiksaan akhir sahaja. "Don't be a exam oriented person". Tu kata-kata dari bos ana. "Ilmu tanpa amal ibarat pohon yang tidak berbuah". Setelah penat menanam ilmu, tuai la ia dengan sebaiknya.

Dalam minggu " study week", pelbagai ragam dapat dilihat, ada yang baru nak buka buku, ada pula yang busy buka novel, tengok movie dan sebagainya. hahaha. Fenomena yang biasa kita tengok. Perpustakaan pun penuh dengan insan-insan yang menelaah. Ana pun tidak ketinggalan. Semester ini amat bermakna buat ana. Semester akhir ana berada di sini juga merupakan pertama kali ana buat "study group". hahaha. Lain orang, lain caranya. Masing-masing ada cara dan kaedah sendiri dalam belajar. Syukron jiddan ana ucapkan kepada mena, pia, shalini dan ani atas perkongsian ilmu. Minggu lepas nahnu telah buat "study group" bagi subjek "Complex variables" di perpustakaan. Kenikmatannya ana tak dapat gambarkan. huhu...


Minggu ni, nahnu akan berjuang sebaiknya, insyaAllah. Semester ni ana cuma ada tiga paper. jarak satu paper pun jauh. satu minggu satu paper.hehe. Bolehla guna masa tersebut sebaiknya study. Kepada sahabat semua, doakan ana dan rakan-rakan. InsyaAllah, betulkan niat, tenangkan fikiran, doa, usaha dan tawakal.

"Ya Allah, padamu kami bermohon, anugerahkanlah kami kejayaan. Berkatilah segala ilmu yang telah kami pelajari. Tenangkanlah hati-hati kami, hilangkahlah kesedihan di hati kami, berikanlah kami cahaya di kala kami dalam kegelapan. Ya Allah, Yang Maha Pengasih lagi Maha Menyanyangi, kami bermohon padamu. Amin"

2 comments:

Post a Comment
  1. salam ijut..

    semoga kita semua dapat menjawab paper complex variable dgn sebaiknya..

    dan semoga usaha kita diberkati oleh-Nya..

    Sesungguhnya, yg dilihat oleh Allah adalah usahanya, bukan hasilnya..

    Teruskn lagi usaha kita hingga ke dewan pepeiksaan..

  2. salam.ye.syukron pia. sama-samalah kita berusaha. Dan berdoa padanya.jawab exam esok dengan tenang.mulakan dengan doa dulu pia. Semoga usaha kita dirahmati.amin