Thursday, November 12, 2009

Perjalanan...



Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah, kalimah yang ku titipkan di bibir setelah selesai menduduki kertas peperiksaan pengenalan fizik II pagi tadi. InsyaAllah, segala usaha dan ilmu yang dipelajari diberkati dan dianugerahi nikmat sesudahnya. Nikmat tersebut bukan sahaja sekadar lulus cemerlang walaupun sememangnya kita mengharap kejayaan tersebut sebagai pelajar. Nikmat yang terpenting agar kita dapat mensyukuri dan menghargai ilmu yang telah dipelajari. Ucapan "Syukron Jiddan" ku hadiahkan buat guru-guru, pensyarah-pensyarah dan sahabat-sahabat sekalian atas ilmu yang dicurahkan kepada insan kerdil ini. Daripada mula mengenal alif ba ta, A B C sampailah sekarang.


Terdapat satu lagi paper aku kena lalui iaitu "Sains Alam Sekitar" yang akan aku duduki pada 19 november nanti. Chaiyok2.hehe. Pada esok hari, aku dan rakan-rakan akan memulakan perjalanan ke Batu Gajah, Ipoh Perak. Bukan di Melaka ye.hehe. Di situlah tempat aku akan berpraktikum pada semester hadapan. Di mana di situlah aku akan mula belajar bergelar seorang pendidik. Bukan seorang pengajar. Doakan kami semua ye. :)

Esok, InsyaAllah kami bertolak pagi-pagi lagi dengan menyewa kereta. Kami nak tengok-tengok sekitar sekolah dan mencari rumah sewa sekali. Permudahkanlah segala urusan kami Ya Allah.


p/s : Kepada sahabat-sahabat semua, teruskan perjuangan antum sekalian...
Tuesday, November 3, 2009

Maat taufik wannajah


Dengan lafaz yang mulia, Bismillah...

Kesempatan ini ana ingin mengucapkan "maat taufik wannajah", "selamat berjaya" kepada semua sahabat-sahabiah dalam menghadapi peperiksaan akhir bagi semester ini. Bagi kami pelajar semester akhir, peperiksaan akhir ini merupakan peperiksaan terakhir buat kami di bumi Tanjung Malim :)

Setelah berhempas pulas menimba ilmu , sekarang tibalah masa mencurahkan segala ilmu yang terpendam di kepala. Namun, jangan lah kita menuntut ilmu semata-mata untuk lulus dalam peperiksaan. Tuntutlah ilmu dan amalkanlah. Jangan berhenti setakat peperiksaan akhir sahaja. "Don't be a exam oriented person". Tu kata-kata dari bos ana. "Ilmu tanpa amal ibarat pohon yang tidak berbuah". Setelah penat menanam ilmu, tuai la ia dengan sebaiknya.

Dalam minggu " study week", pelbagai ragam dapat dilihat, ada yang baru nak buka buku, ada pula yang busy buka novel, tengok movie dan sebagainya. hahaha. Fenomena yang biasa kita tengok. Perpustakaan pun penuh dengan insan-insan yang menelaah. Ana pun tidak ketinggalan. Semester ini amat bermakna buat ana. Semester akhir ana berada di sini juga merupakan pertama kali ana buat "study group". hahaha. Lain orang, lain caranya. Masing-masing ada cara dan kaedah sendiri dalam belajar. Syukron jiddan ana ucapkan kepada mena, pia, shalini dan ani atas perkongsian ilmu. Minggu lepas nahnu telah buat "study group" bagi subjek "Complex variables" di perpustakaan. Kenikmatannya ana tak dapat gambarkan. huhu...


Minggu ni, nahnu akan berjuang sebaiknya, insyaAllah. Semester ni ana cuma ada tiga paper. jarak satu paper pun jauh. satu minggu satu paper.hehe. Bolehla guna masa tersebut sebaiknya study. Kepada sahabat semua, doakan ana dan rakan-rakan. InsyaAllah, betulkan niat, tenangkan fikiran, doa, usaha dan tawakal.

"Ya Allah, padamu kami bermohon, anugerahkanlah kami kejayaan. Berkatilah segala ilmu yang telah kami pelajari. Tenangkanlah hati-hati kami, hilangkahlah kesedihan di hati kami, berikanlah kami cahaya di kala kami dalam kegelapan. Ya Allah, Yang Maha Pengasih lagi Maha Menyanyangi, kami bermohon padamu. Amin"
Sunday, October 25, 2009

Mutiara Kata

Lahirnya insan disambut dengan azan, manakala perginya diiringi solat. Alangkah singkatnya hidup ini jika jaraknya cuma antara azan dan solat.

~Untuk renungan bersama~

Environmental Day 2009

~ENVIRONMENTAL DAY 2009~

Bersama PM Dr NurTjah Jadi (Pensyarah TSE@Penyelia projek)

Assalamualaikum w.b.t. Salam sejahtera, salam ukhwah buat semua.hehehe. Di petang yang berbahagia ini, tiba-tiba rasa nak update blog setelah seharian study "Complex Variables". Untuk entry kali ini, saya saje nak berkongsi pengalaman kami ketika "Hari Alam Sekitar" yang telah dijalankan baru-baru ni. Kami pelajar yang mengambil subjek "Sains Alam Sekitar" semester Ini telah diberi tugas ataupun projek bagi setiap kelas. Sebelum ni saya dah cerita pasal projek composting kami.

Hari ini pula nak kongsi pasal "Blog" kami pula, iaitu tugasan kedua. Group-group kecil dalam kelas kami telah diminta untuk membina satu blog yang berkisar mengenai alam sekitar. Group kami telah memilih nama "SAVE OUR EARTH" sebagai taju
k blog. Tapi, nama group kami "alamperindu". Comel kan namanya.haha. Ni blog kami "alamperindu.blogspot.com". Rasanya terkubur setakat itu saja blog tu, sebab tak ada dah orang nak update. Maklumla, masing-masing punya blog sendiri dah.

http://alamperindu.blogspot.com

Di atas tu merupakan poster bagi blog kami. Pada Hari Alam Sekitar, kami terlibat dalam pertandingan poster. Tugasan kami ialah membuat poster bagi mengiklankan dan mempromosikan blog kami. Sertakan apakah keistimewaan yang terdapat dalam blog kami, kandungan blog, apa faedah jika melawati blog kami dan sebagainya.

Pada hari tersebut juga, setelah perasmian "Environmental Day" satu seminar telah diadakan dengan menampilkan wakil bagi setiap kelas membentangkan tugasan masing-masing. Group kami telah terpilih mewakili kel
as bagi projek composting. Saudari Noor Sofiah Abdul Karim(pia:nama glamour) sebagai ketua kami telah membuat pembentangan pada seminar tersebut. Tahniah dan syabas kami ucapkan kepada pia. Walaupun kami tidak mendapat tempat dalam pertandingan seminar tersebut, kami tetap juga menang bagi kategori kelas. Jangan bersedih ye pia, La Tahzan. Kami berbangga dengan pia. :) Yang penting kita dah buat yang terbaik. Bila kita melakukan sesuatu, janganlah memandang kepada pingat yang kita dapat, tapi pandanglah kepada niat dan usaha yang kita telah lakukan. Tahniah dan terima kasih buat semua ahli kumpulan. :)

Pokok Sawi kumpulan kami ketika hari seminar. Subur dan segar kan.hahhaa. Bolehla jadi pekebun sebelum posting. Sesiapa nak tempah sayur, bolehla hubungi kami.haha

Inilah group kami"Alamperindu"
Dari kiri: cik shalini, cik pia, cik mena, cik tijot, cik falina, cik muni@comey


Sementara menunggu juri melawat menghakimi poster kami, sempat la melawat
poster-poster orang lain, dan pameran kelas lain :








Projek enjin kereta menggunakan tenaga solar dari group cik wana













Projek Solar Box Cooker dari group cik aisyah & cik ani








Selesai majlis penutupan "Hari Alam Sekitar", sempat lagi bergambar bersama bunga, Cenderahati untuk VIP.hehe :


























p/s : Segala kenangan suka duka sepanjang perkenalan dikongsi bersama. InsyaAllah
Friday, October 23, 2009

Hukum Memotong Kuku Ketika Haid

HUKUM MEMOTONG KUKU DAN RAMBUT KETIKA HAID


Sebagai seorang wanita muslimah, pelbagai perkara sentiasa diambilkira dalam memperlengkapkan diri sebagai muslimah sejati. Antara perkara yang paling titikberatkan ialah mengenai kebersihan. Kebersihan merupakan salah satu daripada cabang iman. Islam itu sendiri pada dasarnya suka pada keindahan. Bagi aspek kebersihan, wanita sentiasa mengalami masalah dalam beberapa perkara mengenai penjagaan kebersihan diri. Hal ini kerana, wanita terlalu unik penciptaannya :) Di sini, saya cuma ingin menyingkap mengenai salah satu kemusykilan dan sama-samalah kita berkongsi ilmu :

Apakah hukum memotong kuku dan rambut ketika haid? Apakah dalil-dalilnya?

Dibawah merupakan jawapan yang saya ambil menerusi laman www.zaharuddin.net. Sekadar perkongsian ilmu dan saling ingat mengingati, InsyaAllah.

Disebutkan di dalam syarah al-‘Iqna’ Matan Abi Syuja’ ( 1/60 ), menurut Imam al-Ghazzali di dalam Ihya Ulumiddin, bahawa tidak seharusnya seseorang yang berjunub memotong kuku atau mencukur bulu dan rambutnya kerana semua tadi akan dikembalikan di hari akhirat nanti dalam keadaan junub ( tidak bersih) .

Bagaimanapun, setelah diteliti asas kepada pendapat ini, maka tiada didapati sebarang dalil yang menyokongnya kecuali logik aqal semata-mata tadi. Demikian menurut Syeikh Sayyid Sabiq, Syeikh Atiyyah Saqar dan Dr. Rif`at Fawzi, professor Shari`ah di Univ. Kaherah


Soalan ini pernah di tujukan kepada Imam Ibn Taymiah di dalam kitabnya “Ghiza’ al-albab, 1/382 ) maka beliau menjawab : “ Tidak aku ketahui hukum makruh membuang rambut dan bulu dan kuku ketika junub, bahkan Nabi SAW bersabda : “ Sesungguhnya seorang mukmin tidak najis (tubuhnya) samada hidup ataupun mati”, malah Nabi memberitahu : “ buangkan darimu bulu-bulu kufur (yang tidak dicukur semasa kafir) dan berkhatanlah (apabila masuk Islam) “ maka arahan Nabi tidak menunjukkan sebarang tangguh cukur selepas mandi. Demikian juga diperintah wanita haid agar menyikat rambutnya semasa mandi junub, yang mana diketahui bahawa dengan menyikat ini boleh menggugurkan rambut (sebelum tamat mandi)..justeru apa yang dikatakan sebenarnya tiada asalnya.”



Tiada sebarang halangan untuk memotong kuku secara junub. Pandangan ini juga datang dari tokoh ulama Tabien iaitu Ato’ bin Abi Rabah. ’Ata disebut pernah menyatakan seseorang boleh melakukannya dalam keadaan junub, malah dalam keadaan junub dan tidak berwudu’ (Riwayat al-Bukhari)

Sebagai makumat tambahan, kemestian menanam rambut, kuku yang dipotong dan sebagainya juga tiada sebarang dalil (kecuali jika dibimbangi akan diambil dan disihirkan), demikian juga larangan memotong kuku di waktu malam. Wallahu a’lam

Thursday, October 22, 2009

Sejadah Berdiri

~SEJADAH BERDIRI?~

Sekadar Hiasan

Betul ke? Pertanyaan yang pasti akan keluar dari mulut kebanyakan bila mendengar berita yang amat pelik didengari. Tercuit rasa hati saya ingin post entry ini setelah membaca kenyataan Jamil Khir di akhbar. Berita mengenai sejadah berdiri kira hangat juga la dihebohkan dalam berita minggu ini. Saya bukan nak mencerita dan menghurai lanjut isu ini. Semua rasanya pasti sedia maklum mengenai berita tersebut. Cuma ingin berkongsi kata-kata beliau yang menarik hati saya :

"Saya tak hairan pun ada sejadah berdiri, yang saya heran dan pelik apabila ada sejadah tapi tak ada orang berdiri sembahyang, kita kesal...nak menyedarkan masyarakat kita kena bawa hal yang pelik-pelik,"

Di atas sejadah cintaMu

"Dan katakanlah segala puji bagi Allah, Dia akan memperlihatkan kepadamu tanda-tanda kebesaran-Nya, maka kamu akan mengetahuinya. Dan Tuhanmu tiada lalai dari apa yang kamu kerjakan." [Surah An-Naml 27:93]


Mutiara Kata

"Tidak lurus iman seseorang hamba Allah itu sehingga lurus hatinya; dan tidak akan lurus hatinya sehingga lurus lidahnya"

(Riwayat Ahmad Ibn Han
bal)