Tuesday, October 20, 2009
KHALIFAH YOUTH TRAINING
"Membentuk Keperibadian Cemerlang"
(Pelajar IPTA)
(Pelajar IPTA)
InsyaAllah untuk entry kali ini, saya ingin berkongsi serba sedikit pengalaman saya menyertai "Khalifah Youth Training", anjuran Khalifah Institute. Program tersebut telah dijalankan pada 18 & 19 Julai 2009 (Sabtu & Ahad) di Ampang.
Allahyarham Prof. Muhammad Al-Mahdi merupakan pengasas kepada Projek Khalifah yang bertujuan menawarkan kepada masyarakat Malaysia cara untuk meningkatkan pembangunan sahsiah golongan remaja secara berkesan dan produktif. Hal ini berikutan, pada masa sekarang nilai-nilai murni berkaitan pembangunan sahsiah kurang dititikberatkan dalam usaha menuju negara yang maju dan berjaya. Projek Khalifah telah menggariskan 3 perkara atau langkah mudah kaedah khalifah yang boleh diaplikasikan untuk menjadi khalifah Allah yang cemerlang iaitu :
- Jadikan diri baik
- Bantu orang lain jadi baik
- Jadikan alam sekeliling bersih, indah dan sejahtera.
Beberapa peserta daripada pelbagai IPT telah turut serta dalam program tersebut dan kami sempat berkenal-kenalan, disamping berkongsi-kongsi pendapat dan pengalaman menerusi aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan. Kami wakil dari UPSI seramai 8 orang semuanya serta wakil-wakil dari IPT lain seperti UIA, Universiti Cyberjaya, Universiti Petronas, dan lain-lain . Program-program sebegini sememangnya amat menarik dan sepatutnya sesuai dilaksanakan untuk para remaja-remaja pada masa kini.
Kenangan bersama sepanjang program :
Akhi Azwan
Akhi Hanafe
Akhi Hakim
Ukhti Shazwani
Ukhti Wahida
Ukhti Khatijah
Ukhti Hidayah
Ukhti Farahana
Group kami untuk aktiviti "The Strength of Inner Speech"-Kekuatan kata hati
Team brothers
Gambar kenangan
Akhi Hanafe
Akhi Hakim
Ukhti Shazwani
Ukhti Wahida
Ukhti Khatijah
Ukhti Hidayah
Ukhti Farahana
Group kami untuk aktiviti "The Strength of Inner Speech"-Kekuatan kata hati
Team brothers
Gambar kenangan
p/s : Jika terdapat pengalaman, ilmu mahupun cerita bolehlah dikongsi bersama. Moga sama-sama kita mendapat manfaat darinya. InsyaAllah...
salam ziarah ke blog ni..teruskan menulis dengan entry yang bermanfaat ok..semoga di berikan cetusan idea oleh allah tok menyampaikan dakwah kepada kami..
em tu wahida..kawan sekolah sy..hehe..
salam alaik..
Waalaikumussalam.insyaAllah.Syukron :). Owh...Belajar kat mana sekarang?
em afwan..em ada tercongok kat upsi ni jugek..hehehe..em amik pengajian malaysia..
owh.baru tengok blog ukhti.hehehe.sama la kita tercongok kat upsi.haha.