Showing posts with label WANITA. Show all posts
Showing posts with label WANITA. Show all posts
Friday, October 23, 2009

Hukum Memotong Kuku Ketika Haid

HUKUM MEMOTONG KUKU DAN RAMBUT KETIKA HAID


Sebagai seorang wanita muslimah, pelbagai perkara sentiasa diambilkira dalam memperlengkapkan diri sebagai muslimah sejati. Antara perkara yang paling titikberatkan ialah mengenai kebersihan. Kebersihan merupakan salah satu daripada cabang iman. Islam itu sendiri pada dasarnya suka pada keindahan. Bagi aspek kebersihan, wanita sentiasa mengalami masalah dalam beberapa perkara mengenai penjagaan kebersihan diri. Hal ini kerana, wanita terlalu unik penciptaannya :) Di sini, saya cuma ingin menyingkap mengenai salah satu kemusykilan dan sama-samalah kita berkongsi ilmu :

Apakah hukum memotong kuku dan rambut ketika haid? Apakah dalil-dalilnya?

Dibawah merupakan jawapan yang saya ambil menerusi laman www.zaharuddin.net. Sekadar perkongsian ilmu dan saling ingat mengingati, InsyaAllah.

Disebutkan di dalam syarah al-‘Iqna’ Matan Abi Syuja’ ( 1/60 ), menurut Imam al-Ghazzali di dalam Ihya Ulumiddin, bahawa tidak seharusnya seseorang yang berjunub memotong kuku atau mencukur bulu dan rambutnya kerana semua tadi akan dikembalikan di hari akhirat nanti dalam keadaan junub ( tidak bersih) .

Bagaimanapun, setelah diteliti asas kepada pendapat ini, maka tiada didapati sebarang dalil yang menyokongnya kecuali logik aqal semata-mata tadi. Demikian menurut Syeikh Sayyid Sabiq, Syeikh Atiyyah Saqar dan Dr. Rif`at Fawzi, professor Shari`ah di Univ. Kaherah


Soalan ini pernah di tujukan kepada Imam Ibn Taymiah di dalam kitabnya “Ghiza’ al-albab, 1/382 ) maka beliau menjawab : “ Tidak aku ketahui hukum makruh membuang rambut dan bulu dan kuku ketika junub, bahkan Nabi SAW bersabda : “ Sesungguhnya seorang mukmin tidak najis (tubuhnya) samada hidup ataupun mati”, malah Nabi memberitahu : “ buangkan darimu bulu-bulu kufur (yang tidak dicukur semasa kafir) dan berkhatanlah (apabila masuk Islam) “ maka arahan Nabi tidak menunjukkan sebarang tangguh cukur selepas mandi. Demikian juga diperintah wanita haid agar menyikat rambutnya semasa mandi junub, yang mana diketahui bahawa dengan menyikat ini boleh menggugurkan rambut (sebelum tamat mandi)..justeru apa yang dikatakan sebenarnya tiada asalnya.”



Tiada sebarang halangan untuk memotong kuku secara junub. Pandangan ini juga datang dari tokoh ulama Tabien iaitu Ato’ bin Abi Rabah. ’Ata disebut pernah menyatakan seseorang boleh melakukannya dalam keadaan junub, malah dalam keadaan junub dan tidak berwudu’ (Riwayat al-Bukhari)

Sebagai makumat tambahan, kemestian menanam rambut, kuku yang dipotong dan sebagainya juga tiada sebarang dalil (kecuali jika dibimbangi akan diambil dan disihirkan), demikian juga larangan memotong kuku di waktu malam. Wallahu a’lam

Wednesday, October 21, 2009

PENCIPTAAN WANITA

::PENCIPTAAN WANITA::


يَا أَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُوا رَبَّكُمُ الَّذِي خَلَقَكُم مِّن نَّفْسٍ وَاحِدَةٍ وَخَلَقَ مِنْهَا زَوْجَهَا وَبَثَّ مِنْهُمَا رِجَالًا كَثِيرًا وَنِسَاءً ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ الَّذِي تَسَاءَلُونَ بِهِ
وَالْأَرْحَامَ ۚ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلَيْكُمْ رَقِيبًا
"Wahai sekalian manusia! Bertakwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam) dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya Hawa) dan juga yang membiakkan dari keduanya zuriat keturunan lelaki dan perempuan yang ramai dan bertakwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu". [Surah An-Nisa': Ayat 1]



Siapakah Wanita?

Wanita adalah seorang manusia yang sama seperti ciptaan Allah yang lain. Namun, terdapat perbezaan wanita dengan ciptaan lain, baik dengan kaum lelaki mahupun dengan binatang serta tumbuh-tumbuhan. Wanita dijadikan dengan pelbagai keistimewaan juga dianugerahkan kecantikan. Tidak hairanlah wanita berupaya membuat orang tertarik padanya.

Jiwa wanita tersangatlah lembut, rapuh hatinya, baik pekertinya dan gemalai suaranya. Sifat-sifat ini membuatkan hati siapa tak tertawan. Pemurah, pengasih, penyayang, lemah lembut merupakan harta yang dimiliki oleh setiap kaum wanita. Namun, bukanlah kerana sifat-sifat ini wanita boleh diperkotak-katikkan oleh kaum lelaki khasnya. Wanita berhak mendapatkan pelindungan dari insan yang bernama lelaki. Seperti dijelaskan dalam surah An-Nisa' ayat ke-34 :

"Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka. Maka perempuan-perempuan yang soleh itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemuliharaan Allah dan pertolonganNya dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur dan (kalau juga mereka masih degil) pukullah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya). Kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi, lagi Maha Besar. "




Pernah dengar "Wanita dijadikan dari rusuk Adam?"

Sememangnya kita semua sinonim dengan kenyataan tersebut. Namun, ingin saya berkongsi di sini, perihal kenyataan tersebut. Terdapat hadis yang menyatakan bahawa "wanita itu seperti tulang rusuk". Seperti juga hadis di bawah :

"Rasulullah saw. bersabda, “Siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir, hendaknya ia tidak menyakiti tetangganya. Saling berwasiatlah kalian untuk berbuat baik kepada wanita. Pasalnya, mereka tercipta dari tulang rusuk. Yang paling bengkok dari tulang rusuk itu adalah yang paling atas. Jika berusaha meluruskannya, engkau akan membuatnya patah. Dan jika dibiarkan, ia akan terus bengkok. Karena itu, saling berwasiatlah kalian untuk berbuat baik kepada wanita.” (Al-Bukhari)

Merujuk kepada hadis tersebut, dapat kita fahami bahawa bukanlah wanita itu diciptakan dari tulang rusuk Nabi Adam seperti yang yang kita anggap. Ianya hanyalah perlambangan ataupun analogi yang diguna pakai bagi melambangkan bahawa wanita itu amatlah lembut. Jika kita amati lagi, amatlah tidak logik jika kita percaya bahawa wanita itu diciptakan dari tulang rusuk Nabi Adam yang seorang. Ada dua istilah yang saya dapat mengenai salah faham tentang penciptaan wanita ini(jika terdapat kesilapan diharap dapat menegur) iaitu :
  1. (min nafsin wahidah) - Dari diri yang satu, penciptaan yang sama seperti Nabi Adam.
  2. Dari/seperti tulang rusuk - Lambang fitrah kejadiannya, kelembutannya dan perlu diberikan layanan dan didikan yang elok.

Perbezaan Lelaki dan Wanita :

Kaum wanita secara totalnya menggunakan kedua-kedua otak manakala kaum lelaki hanya lebih berfokuskan kepada otak kiri. Dari segi kemahiran pula, wanita lebih kepada kemahiran yang menggunakan tangan dan seni. Kaum lelaki banyaknya berkemahiran dalam bidang mekanikal. Emosi wanita lebih sensitif, kurang konsisten, lebih banyak rasa takut dan cepat terasa. Kenapa perbezaan ini wujud? Setiap kejadian, ada hikmahnya, ada kelebihan tujuan yang kadang-kadang kita tidak sedari. Allah lebih berkuasa dalam tiap-tiap yang diciptakannya dan kita sebagai khalifah, makhluk ciptaannya haruslah redha dan jangan selalu mengeluh atas apa yang menimpa sama ada baik atau buruk sesuatu itu.



Wanita kerana sifat kewanitaannya :
  1. Quwwatul Atifah - sensitif
  2. Haya' (malu) - pakaian wanita beriman
  3. Cemburu
  4. Wafa' (setia)
  5. Kemampuan menanggung penderitaan
  6. Kesediaan berkorban

Hak-hak wanita :
  1. Hidup
  2. Perlindungan
  3. Beragama
  4. Berilmu
  5. Berharta
  6. Bersosial
  7. Kehormatan

::SEINDAH PERHIASAN DUNIA ADALAH WANITA SOLEHAH::


p/s : Jika terdapat kesalahan dalam apa yang saya cuba kongsikan, harap dapat perbetulkan saya. Yang bengkok diluruskan, yang kotor dibersihkan, yang salah harap diperbetulkan. Syukron.